hARi InI

Free Blog Content

Mai La Kita Sembang2






Stok Arnab Untuk Dijual
Buat masa ni blom ada stok untuk dijualbeli. tunggu kalo ada usha kat sini jer...

Kenapa TUPPERWARE?
-bermutu
-tahan lama
-bebas toksik
-selamat

Dapatkan barangan bermutu dari jenama TUPPERWARE dari kami, 019-2243423
Digital Printing / fast print / offset print Photocopy/Graphic design/Web Design/Powerpoint Presentation/Computer hardware/ software/Office Equipment/Computer consumables/Type setting / printing,Laminate / binding / print / scan / fax Banner / bunting / streamers/Premium Gifts/Business card/ rubberstamp/Wedding card.

www.redonetech.wordpress.com

IKLAN LAIN
Produk makanan kesihatan dan Kecantikan.

www.primaalliance.blogspot.com

Susu Kambing Plus Collagen. Minuman untuk kesihatan dan kecantikan.Produk Bermutu dan Halal edaran Prima Alliance Network

penempatan sementara kerana upgrade
Monday, March 23, 2009
semalam aku sesaja merajinkan diriku mengrenovatekan kandang arnab aku tuh..aku dok plan nak wat double storey plak..bukan apa..kandang asal tu tinggi sangat..dan arnab aku tu plak suka dok lompat...mcm nk roboh kandang tuh..so aku nk rendahkan sikit..tp struktur asal tu dh x bleh nk ejas dah..so aku wat laaa double storey...maka dengan itu semua penghuni kandang tu terpaksa laaa lepak kat penempatan sementara kat tepi rumah aku tu...takper2..nnt kalo dah cantik nnt aku post gambar..tp skang nih blom bleh tunjuk semua...hehehehe


hehehe...nampak skit cukup laaa


penempatan sementara 1


setinggan terhormat laaa nih...
posted by MYkampage @ 1:47 AM   4 comments
ketibaan baru....reunion..
Thursday, March 19, 2009
semenjak dua menjak nih..ramai plak kengkawan dah dapat "baby"..tahniah utk iceburn, zack dan bro.joe atas kedatangan baby2 baru..semoga diorang sumer sihat dan comel...aku plak..ari ni menerima kedatangan ahli baru, adik aku yg kat shah alam tu bwk balik sepasang lagi..kira member lama arnab aku yang dua ekor tuh laa..kami beli sama-sama kat ampang aritu...so ni kira reunion la nih...ahak..ni lah dia sedara-sedara yang baru sampai tuh..


ni sumer arnab pekan nih...tu yg dok dlm sangkar cantik tuh..akunyer arnab kg..hehehe dok dlm reban jer laaaa.....

dok tgh confuse...kat mana laa kita nih....

yang betina..tgh control ayu...haha siap pakai bedak kaler brown..kihkihkih
yang ni jantan..ensem..putih plak tuh...tgh control ensem...
posted by MYkampage @ 7:09 AM   2 comments
TOLONG HORMATI ORANG LAIN
Sunday, March 15, 2009
ni yang aku hangin satu badan nih...aku postkan gambar-gambar ni mintak KOMEN dan NASIHAT... bukan aku suh kutuk dan dok PERLI, SINDIR orang lain...untuk the fluffies aku terima hang punya nasihat TAPI TOLONG jangan dok kutuk. hina, sindir kengkawan aku ker sifoo aku ker..bagi aku mudah sumer orang bleh jadi sifoo asal post ilmu2 yang bermanafaat untuk aku..kalo nak cakap cakap laa dengan sopan, uini bukan masalh kata depan atau kata belakang...masalahnya bahasa tu kena jaga...tak payah nak bagi ayat yang menyakitkan hati...kita nak berkawan..bukan berlawan...FYI ni 1st time aku menternak arnab nih..so aku perlukan kawan untuk rujukan, blog aku bukan untuk mendedahkan kelemahan sesapa dan bukan platform untuk MENGUTUK orang lain...takder orang yang sempurna....KALO HANG NAK MENGARUT HANG P TEMPAT LAIN...JGN DOK MENYEMAK BLOG AKU..PAHAM!!!!!!
posted by MYkampage @ 7:48 PM   1 comments
projek overview
Saturday, March 14, 2009


cahaya matahari sebelah kiri kandang

arnab jantan hyper aktif

arnab betina aktif

kedudukan kandang dengan kandang kuarantin

kandang kuarantin

view lebih besar (bumbung pakai plastic tebal)

view luas 2 (dari pagar rumah sebelah)



atas permintaan dan mengharapkan penilaian pakar2..aku uploadkan gambar kandang dan keadaan sekeliling. mungkinkah surounding area x berapa sesuai sehingga 3 ekor arnab 1st batch aku dihinggapi kurap??..harap sesiapa yang tau tolong bagi advice skit....TQ all
posted by MYkampage @ 12:42 AM   6 comments
release tension..
Thursday, March 12, 2009

ni apa hal..tertonggeng2 nih...hahaha takuuuttt...

usha apa bawah washing mesin tuh..mau mandi ka???


lepak jap laaa..penat dah lari nih...


mak oooiii..besaqnya kabinet..cemana nk wak balik nih...


semalam ujan lebat gila..abis kuyup arnab2 aku....sian pulak tgk..so pepagi nih..aku lepas laa diorang bermain kat belakang rumah tuh....yang paling active ni laa yang kecik nih..abih dia tawaf satu rumah...takper laaa sekali sekala biarla diorang melompat2 bebas...release tension kene ujan...hahahahah
posted by MYkampage @ 12:34 AM   2 comments
artikel ilmu per"arnab"an ke 2
Monday, March 9, 2009
dipetik dari artikel dalam http://lazzybunny.wordpress.com/

Pedigree @ cert.. kalau kita tengok dalam kamus masudnya SALASILAH….. @ an official record of the parents, grandfather, grandmother; etc from which an animal has been bred.

Pedigree adalah bukti yang menunjukan arnab anda dalah dari baka asli atau PURE BREED.

Pedigree juga seharusnya :-

ditandatangan oleh breeder yang sebenar (original breeder)

mempunyai nama arnab dan/atau nombor tattoo di telinga arnab

menyatakan warna arnab tersebut

tertulis tarikh lahir arnab tersebut

menyatakan berat arnab ( arnab mesti sekurang kurangnya berumur 6 bulan untuk mendapatkan berat di dalam pedigree)

DAN is hendaklah mempunyai semua 14 arnab (nenek moyang selama 3 generasi) diatas pedigree lengkap dengan catatan warna, berat, nama atau nombor tattoo.

Lebih Banyak maklumat diatas pedigree anda adalah lebih baik, misalnya nombor berdaftar, Nombor GC (Grand champion), malumat kemenangan, dan sebagainya.

Nak tengok macamana rupa Pedigree yang sebenar…

tru-luv_eclipse

ini adalah Pedigree TruLuv Eclipse

JANGAN!!

jangan menukar apa maklumat didalam pedigree yang diberikan , seperti nama. Anda boleh memanggil arnab anda dengan nama lain, tetapi anda tidak boleh menukar nama yang tercatat di atas pedigree.

05Mar09


posted by MYkampage @ 8:15 PM   0 comments
artikel ilmu per"arnab"an
dipetik dari artikel dalam http://lazzybunny.wordpress.com/

Sebelum anda membuat keputusan untuk memelihara arnab. Pastikan anda mendapatkan arnab daripada pembiak baka atau Breeder yang yang beretika. Dan sekiranya boleh, hindari dari membeli daripada kedai haiwan atau “pet shop” dan juga pembiak baka yang tidak beretika.

Beberapa “red flags” anda perlu tahu dan elakkan sebelum memilih pembiak baka. Ini adalah perlu supaya tidak ada masalah yang akan dihadapi oleh anda dan haiwan kesayangan anda. ”Read Flag” adalah amaran terhadap pembiak baka atau breeder yang tidak bertangungjawab, tidak beretika dan mempunyai reputasi yang teruk.

Berikut adalah “Red Flags” yang anda perlu tahu; dan ini adalah bagi tujuan show atau pun pet.. bukan bagi arnab pedaging

  • mempunyai kuantiti arnab terlalu yang banyak

Dalam menjaga kualiti baka yang dibiak seorang breeder yang beretika tidak akan mempunyai kuantiti haiwan lebih daripada kemampuanya untuk dijaga. Ini adalah kerana apabila berada diluar kemampuan, haiwan haiwan tersebut akan terabai dan tidak mendapat penjagaan yang rapi.

  • sentiasa mempunyai stok dan stok berterusan

Seorang breeder yang baik tidak mempunyai anak arnab pada setiap masa. Ini adalah kerana, memelihara anak arnab memerlukan banyak perhatian dan berjadual. Breeder yang tidak beretika akan sentiasa memastikan arnab dalam peliharaannya melahirkan anak tanpa henti. Arnab bukanlah seperti kilang pengeluaran beras dan gula yang sentiasa mempunyai stok. Membreed sesuka hati dan tidak meningkatkan kualiti tetapi kuantiti. Pembiak baka atau breeder yang beretika, biasa hanya melakuan biak baka bagi peningkatan kualiti. Untuk itu breeder yang baik hanya membiak baka daripada kualiti yang terbaik sahaja. Adakalanya hasilnya tidak begitu memuaskan atau menepati ciri ciri yang dikehendakinya. Tetapi arnab masih mempunyai kualiti yang baik di pasaran bagi tujuan haiwan peliharaan

  • Membiak baka bagi tujuan memenuhi permintaan orang ramai dan juga keutungan semata mata

Pembiak baka yang baik mempunyai pendirian yang kuat pengenai “Breeding” dan mempunyai panduan dan tujuan . Mereka melakukannya bukan bagi memenuhi kehendak pasaran atau pencari keuntungan. Mereka memahami bahawa menghasilkan lebih arnab yang tidak berkualiti hanya menambah kos bagi pengeluaran. Pembiak baka yang tidak beretika bagaimana pun akak terus membiak kan arnab mereka bagi tujuan memenuhi permintaan, mereka tidak memikirkan kualiti arnab dan mungkin akan menghasilkal arnab yang tidak berkualiti dan hanya mengharapkan pulangan wang semata-mata.

  • Mengunakan arnab yang masih belum matang untuk tujuan Breeding.

Breeder yang baik akan mengambil kira tentang kesihatan setiap arnab. Mereka akan menunggu sehingga arnab mencalap umur matang sebelum mengunakan arnab tersebut bagi tujuan Breeding. Breeder yang membreed arnab mereka pada umur seawal 4 bulan bukanlah breeder yang baik.

  • Menjual arnab berumur kurang dari 8 minggu atau 6 minggu sekurang kurangnya

Ini adalah faktor yang amat serius perlu diambil kira. Breeder yang hanya ingin mencapai keuntungan akak segera menjual arnab arnab yang masih kecil. Yang masih memerlukan susu ibunya. Breeder yang baik hanya akan melepaskan arnab mereka kepada pembeli hanya setelah arnab berumur 8 minggu.

  • Menjual atau membiak baka arnab yang bermasalah

Breeder yang baik, tidak akan membiak kan baka arnab yang mempunyai masalah kesihatan atau gene. Ini kerana masalah ini akan terus diwarisi. Pembiak baka yang baik juga akan memaklumkan kepada pembeli mengenai masalah sekiranya ada kepada pembeli. Breeder yang tidak beretika pula akan segera menjual arnab yang bermasalah, tanpa memaklumkan masalah tersebut kepada pemilik baru. Ini adalah satu cara mudah bagi megurangkan bilangan arnab dalam simpananya dan juga mendapat wang mudah.

  • Breeder yang tidak mempunyai baka yang baik

Breeder yang baik menghabiskan masa, tenaga dan wang bagi mendapatkan baka yang terbaik. Ini alah kerana mereka bertanggungjawab bagi meningkatkan kualiti arnab yang bakal di biak baka kelak. Sekiranya mereka tidak mengunakan baka yang terbaik, maka akan terhasilah lebih banyak arnab yang di sub standartkan.

  • Breeder yang melebel arnab hanya kerana permintaan yang tinggi.

Breeder yang baik tidak melebel dan meletakan harga yang tinggi hanya kerana permintaan yang tinggi dari segi warna atau usia arnab. Apa yang penting adalah kualiti.

  • Breeder hanya menunjukan nama dan warna arnab didalam pedigree atau cert dan tidak memberi lebih maklumat megenai arnab yang dijual

Pedigree bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai dan juga rekod bagi breeder. Walaubagaimana pun pedigree tidak lebih daripada sekeping kertas jika hanya tertulis nama dan warna arnab. Pedigree yang baik mestilah mempunya maklumat sehingga sekurang kurang 3 generasi atau lebih. Lebih baik lagi sekiranya tercatat tarikh lahir, tarikh kematian, Sebab kematian, dan juga maklumat kesihatan dan perubatan arnab tersebut. Dan breeder juga bertangungjawab menyatakan perkara perkara penting yang tidak tercatat diatas pedigree.

  • breeder yang kurang atau tidak mengambil berat tentang penjagaan.

Seorang breeder yang baik menhabiskan banyak masa dan juga wang ringgit hanya untuk menjaga arnab mereka. Tidak mengapa sekiranya breeder berjimat dengan membeli barang keperluan arnab secara borong atau pukal, atau membeli sangkar yang telah digunakan.Tetapi tidak bagus untuk breeder untuk terus tidak membeli atau memperbaiki apa yang ada kurang untuk arnab mereka.

  • Breeder tidak mempunyai veterinar sebagai perujuk sekiranya arnab mendapat masalah kesihatan.

  • Breeder yang menjual arnab mereka ke Kedai haiwan, Di ekspo atau menjadi makanan reptile

Breeder yang baik tidak akan menjual arnab mereka kepada kedai haiwan, menjual di ekspo ekspo haiwan dan sebagai makanan kepada reptile. Berbuatan tersebut adalah tidak beretika dan hanya ingin melepaskan tanggungjawab kepada arnab tersebut.

  • Breeder yang tidak mahu mengambil semula arnab yang telah dijual.

Breeder yang baik bertangungjawab dengan arnab yang dibiaknya, dari lahir hingga matinya arnab tersebut. Semua breeder yang baik akan menerima semula arnab yang dijual sekiranya dikembalikan oleh pembeli.

  • Breeder yang tidak mempunyai policy atau agreement

Breeder yang baik akan mempunyai policy dan syarat syarat tertentu yang perlu pembeli dan breeder persetujui. Adalah lebih baik sekiranya persetujuan itu disertakan dengan dokumen.

  • Breeder yang tidak membiak baka hanya satu jenis spesis haiwan
posted by MYkampage @ 8:12 PM   0 comments
sesaja update...
Friday, March 6, 2009
hmmm..apa nak update pon x tau..tp nak tulis gak...hehehehe...letak jer laa latest pict arnab2 aku nih


yang ni paling comel..tp dah ada symptom gatal2 kat kaki dia..jgn kene kurap lagi dah ler..

jantan yang paling aktif...abis keliling cell dia lompat...tinggi plak tuh...

partner yg atas...aktif gila...tp betina..kalo makan perghhh..kuat gila mkn...

tgk tuh...orang dok ambik gambaq pon dah tak peduli..asyik makan je...

ni dia pokok favourite arnab aku..kalo bagi yang ni..pelet suma depa lupa..x layan langsung..tp aku bagi tumbuhan ijau ni once a week..kalo selalu..nnt sakit perut plak...
posted by MYkampage @ 9:40 PM   4 comments


petikan dari http://truluvrabbitry.blogspot.com/2009/03/types-of-breeders-in-malaysia.html

so..siapa kita antara penternak2 arnab di malaysia??..fikir-fikirkan...

Wednesday, 4 March 2009

The Types Of Breeders In Malaysia

I have posted a similar post on a local forum earlier but somehow felt I also need to pen it down here with some modifications. As most of you who have been following my blog knows that I have kept pets throughout my life so far since I was 7 years old. And being an animal lover I have always been keeping abreast with the on goings of certain sectors in the local pet industry. Or at least being informed in areas of interest for me.

Throughout the years of observation, I could conclude that there are generally 4 categories of breeders in Malaysia. We all know breeders are needed to meet the demands of those who fancy a certain species or breed. I normally categorize a breeder before deciding to acquire the pet that I desire. Here are the categories:

1) Backyard Breeder(BYB)

Any breeders operating from the comfort of their home that does not give a damn about QUALITY is a backyard breeder. POCKET MONEY is normally the main source of motivation behind the BYB. They always think that they could earn a little out of their little venture. Normally, these are also people that want their rabbits to experience motherhood/fatherhood and all the hoods in the world not knowing that they could get out of control when it comes to Great Great Great Great Great Great Great Great Great GRAND PARENTHOOD (you get the point). How do we identify them? Their breeding stocks are always their pets with inferior quality. The number of breeding animals vary from just a pair to probably less than 30 (I have seen a house with 20 poodles kept in cages, you would not like to see this sort of puppy mills). Some may come with pedigree but mostly do not as their foundation stocks do not have them to begin with.

2) Hobbyist/Enthusiast

Sometimes referred to as Show Breeders. Operated in the comfort of their own homes (with barns attached) but with a major difference as appose to a BYB in that all they could think about is the QUALITY. Profit is the last thing on a hobbyist mind and he/she is very much aware that he/she can hardly break even. And the quantity is normally kept in the minimal since QUALITY is what matters. The only agenda a Hobbyist breeder have is the obsession of producing rabbits closest possible to the STANDARDS OF PERFECTION laid down by ARBA. The main objective of a Hobbyist breeder is to lower the numbers of PET QUALITY he/she produces. The number of breeding animals kept would probably be less than 20 heads (yes, less than a Backyard Breeder sometimes!). But in the US, show breeders have more than 100 holes. Will give you endless support and guidance. All rabbits should come with 3 generations pedigrees.

3) Pet Farm

This is quite a gray area because some pet farms have inferior stocks and some do have decent stocks. The typical Pet Farm is to churn out supplies for pet purposes. Comparing a Pet Farm to the extreme, it is somewhere I'll go (if I have no other choices) for a decent pet and if I find a SHOW QUALITY there, it is a bonus but I won't bank in too much expectations. It depends very much on how the proprietor runs the show. The number of rabbits start from 50 heads to unlimited. Some comes with pedigree and most do not.

4) Meat Farm

In Malaysia, I believe rabbit meat farmers also supplies rabbits to pet shops. The rabbits are mainly for the meat trade and therefore, anything with meat would do. Since I am very particular in striving for the best quality (based on Standards of Perfection), I will avoid meat farm at all cost unless I develop a fancy for rabbit meat. LOL!!! Yes, only good for the stomach and nothing more for me. Their rabbits do make good pets and in fact some are even used in petting zoos/areas. If you're not too particular in quality and want to give keeping rabbit as pet a try, you might want to consider this option. But in my opinion, meat farm rabbits should not cross over into the pet industry unless they are of standard. Do not expect to get pedigree as meat comes first.

What I can make out of these 4 categories is that, rabbits can easily cross over from Meat Farm to Backyard Breeders. But I believe that rabbits will never and should never cross over from Hobbyist to any of the Farm groups & Backyard Breeders. Hobbyists are especially particular that their rabbits do not fall into the hands of Backyard Breeders.

These are just my 2 cents.

posted by MYkampage @ 2:29 AM   0 comments
thanks...
Thursday, March 5, 2009
laaaa..ihh asyik dok tulih jer..tak peraasan ada org post comment kat aku....tq...tq kat nerq & thefluffies dan hikerstarz kerana sudi dok follow blog aku nih..thank's for support...
posted by MYkampage @ 10:52 PM   2 comments
new update
lama dah x tulih nih..skang ni condition projek aku agak slow..aku punya laa bz maklum ler..3 keje skali nak wat....bz...bz...
makin lama aku dok belek arnab aku nih..baru aku perasan, memana yang sakit tu cam tak terurus..bulu berserabai...monyok jer...ni contoh arnab aku yang patah kaki aritu...dulu punya laa comel..skang mak oooiii..berserabut...isk..isk

ni masa tgh sihat wal'afiaat..


ni gambaq masa tgh sakit...
ni ler kaki yang patah tuh..

skang ni kaki tu dah mula sembuh dah..aku pakai ubat kedah jer..pastu balut ngan kain..ikat kuat-kuat..skang ni dah active skit dari dulu...dia dah mau lompat....




posted by MYkampage @ 9:18 PM   3 comments
'Create
Aku Ler Nih

Name: MYkampage
Home: Sungai Petani, Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
About Me: Sedang belajar menternak arnab....
See my complete profile
Cerita yang baru
Arkib Blog
GeNg ArNaB
Template by

Blogger Templates

BLOGGER

Tetamu
widgeo.net